Sebanyak 10 Juta Sony PlayStation 5 Telah Terjual Setakat Ini

Diterbitkan pada July 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony PlayStation 5 mula dijual November 2019. Konsol generasi terkini ini mendapat sambutan cukup luar biasa sehingga kini adalah sukar untuk mendapatkan unit yang dibeli tanpa sebarang tempahan terlebih dahulu. Hari ini Sony mengumumkan sebanyak 10 juta unit PlayStation 5 telah berjaya dijual setakat ini. Peningkatan sebanyak 2 Juta unit dari bulan April yang lalu.

PlayStation 5

Dengan bekalan cip yang masih lagi terhad dan konsol dibeli oleh penjual atas talian pada harga yang lebih tinggi, ia akan terus menjadi antara yang sukar untuk dimiliki. Dengan pengumuman hari ini, PlayStation 5 secara rasmi menjadi konsol yang paling pantas mencecah angka ini dalam sejarah Sony.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami