Carian
Cip Mercu Qualcomm Seterusnya Mungkin Dinamakan Snapdragon 898 – Kelajuan Melangkaui 3Ghz
July 29, 2021 Aman

Walaupun Qualcomm baru sahaja mengumumkan cip Snapdragon 888 Plus, semestinya ramai yang sedang menantikan apakah nama cip mercu seterusnya daripada Qualcomm.

Ia sering diperkenalkan pada bulan Disember, dan sebelum ini ramai memanggilnya sebagai Snapdragon 895. Namun, mengikut info tertiris baharu, ia dilihat cip mercu Qualcomm akan datang mungkin dikenali dengan nama Snapdragon 898.

Snapdragon 898 ini diperkatakan bakal dijana menggunakan teras utama ARM Cortex-X2, dan menawarkan kelajuan mencapai 3.09Ghz. Spesifikasi teknikal sepenuhnya untuk cip ini masih tidak diketahui lagi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan cip mercu daripada Qualcomm dalam beberapa bulan lagi.

Komen