Carian
MediaTek Bakal Memperkenalkan Cip 4nm Menjelang Penghujung Tahun 2021 Ini
July 29, 2021 Aman

MediaTek pada tahun ini dilihat terus memberikan cabaran sengit kepada Qualcomm, dan menawarkan sejumlah cip yang kini digunakan meluas oleh pelbagai pengeluar.

Selepas hadir dengan penawaran cip Dimensity yang menarik, kini MediaTek turut mengumumkan mereka akan memperkenalkan cip mercu 5G mereka berasaskan binaan 4nm menjelang penghujung 2021 ini.

Ia akan dikeluarkan melalui teknologi 4nm TSMC, dan menyasarkan pengeluar peranti dari China terlebih dahulu.

Dengan langkah pengenalan cip 4nm ini oleh MediaTek, ia turut akan perlumbaan dalam rekaan 4nm pada tahun 2022 kelak.

Dengan penggunaan teknologi baharu ini, ia mungkin memberikan peningkatan dari segi kos penggunaan cip – sekaligus cip ini mungkin digunakan pada beberapa telefon mercu 2022 sahaja.

Pada hari ini, Qualcomm, Samsung dan Apple masih lagi menggunakan cip berasaskan 5nm pada peranti mereka – dan ia masih belum meluas lagi.

Komen