Fokus Pengguna Platform Facebook Dan Instagram Dilihat Berubah Ke Tontonan Video

Diterbitkan pada July 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook dan Instagram boleh dikatakan dua daripada platform media sosial terbesar di dunia dengan jumlah pengguna dan juga sistem-sistem terbina yang membuatkan para pengguna mereka kekal menggunakan platform tersebut dan tidak lari ke platform-platform lain.

Baru-baru ini, CEO dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mengatakan bahawa tontonan video di Facebook dan Instagram, khususnya Instagram Reels telah memperlihatkan lonjakan yang sangat tinggi. Malah, beliau mengatakan bahawa separuh daripada masa yang diluangkan pengguna di Facebook ialah untuk menonton video di platform tersebut.

Facebook bersama-sama Instagram dilihat telah membangunkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baru seperti Facebook Gaming, Instagram Reels, integrasi pembelian barang di Facebook dan Instagram, dan banyak lagi.

Pengguna-pengguna di platform-platform ini dapat menonton penstriman pelbagai topik seperti gaming, fesyen dan pelbagai jenis kandungan daripada laman-laman Facebook Pages yang cukup pelbagai sekali.

Facebook juga baru-baru ini menubuhkan pasukan baru untuk menubuhkan metaverse mereka sendiri melalui Facebook Horizon yang turut akan mengintegrasikan platform Oculus, secara langsung mencipta cara baru untuk menikmati platform media sosial mereka.

Setakat ini, tiada butiran lanjut yang diberikan oleh Mark Zuckerberg mengenai corak penggunaan baru para pengguna Facebook dan Instagram ini. Tetapi apa yang pasti, ia dapat dilihat bahawa dengan ciri-ciri baru yang diperkenalkan oleh kedua-dua platform ini memang menampakkan peningkatan penggunaan, khususnya tatkala wabak COVID-19 ini memaksa pengguna untuk duduk di rumah dan meluangkan masa di pelbagai platform sosial internet.

Sumber: Engadget

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami