Cari @ Amanz

Steam Deck Dikatakan Hanya Akan Distok Semula Pada Suku Kedua 2022 Kelak

Oleh Nazrin

Link Copied!

Valve mengumumkan ketibaan konsol terbaru mereka, Steam Deck beberapa minggu lalu, yang mana pra-tempahan konsol ini juga dibuka, dan akan dipenuhi sekitar penghujung tahun ini. Valve sebelum ini juga mengatakan bahawa konsol ini akan mula dijual secara terbuka pada penghujung tahun ini, tetapi kini nampaknya perkara tersebut telah berubah.

Bagi mereka yang sempat pra-tempah sebuah konsol Steam Deck ini, Valve nampaknya masih akan memenuhi pra-tempahan tersebut pada penghujung tahun ini, tetapi ia dilihat bahawa jualan terbuka konsol ini akan ditunda sehingga suku kedua 2022 kelak.

Seperti masalah jenama peranti elektronik yang lain, ini dilihat kerana dunia masih lagi dibelenggu masalah kekurangan cip semikonduktor dan pemprosesan. Di laman web Steam Deck, Valve memberikan anggaran tarikh suku kedua 2022 tersebut, tetapi ia tidak diketahui samada ia benar akan mula dijual pada suku tersebut.

Steam Deck ialah konsol terbaru keluaran Valve yang menyerupai rekaan NIntendo Switch, tetapi dikuasakan oleh SoC Zen 2 dan RDNA2 yang mana pengguna boleh memainkan permainan-permainan PC mereka di konsol mudah-alih ini.


Komen ()