Google Akan Menutup Akaun Pembangun Play Store Yang Tidak Aktif

Diterbitkan pada July 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Untuk membangunkan aplikasi Android, anda memerlukan akaun pembangun bagi pengesahan dan keselamatan. Tetapi bermula 1 September 2021, akaun pembangun yang tidak aktif akan ditutup oleh Google atas sebab-sebab keselamatan.

Takrifan tidak aktif oleh Google ialah pembangun tidak mengakses Play Console selama setahun. Google walaupun tidak akan menutup akuan sekiranya aplikasi dimuat turun atau menunjukkan pembelian dalam talian lebih 1000 kali dalam masa 90 hari.

Google berkata secara lazimnya aplikasi dilihat lebih selamat sekiranya pembangunnya aktif. Akaun pembangun yang ditutup tidak boleh diaktifkan semula dengan semua data dan aplikasi yang dibangunkan akan dipadam. Jika pemilik ingin menghasilkan aplikasi untuk Play Store, mereka boleh memohon akaun baharu.

Sumber Google Developers

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami