Cari @ Amanz

OpenSignal : Majoriti Besar Pengguna 3G Di Malaysia Masih Tidak Mempunyai Langganan 4G

Oleh Aman

Link Copied!

Kerajaan telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan rangkaian 3G di Malaysia menjelang penghujung tahun, dan selari dengannya telah meminta syarikat telekomunikasi mengalihkan pelanggan 3G ke rangkaian 4G secepat mungkin.

Lanjutan daripadanya, OpenSignal yang sering memantau data berkaitan arena telekomunikasi, kini telah mengeluarkan data lanjutan berdasarkan kepada kajian mereka.

Menurut OpenSignal, terdapat tiga sebab mengapa ramai yang masih kekal menggunakan rangkaian 3G dan bukannya 4G.

Sebab utama yang melibatkan 81.9% pengguna 3G sahaja adalah dimana mereka tidak mempunyai langganan 4G. Hal ini turut melibatkan tidak menaik-taraf kad-SIM ke sokongan 4G, selain tiada langganan pakej 4G, atau telah mematikan ciri 4G pada peranti mereka. Ia dikatakan golongan pengguna ini sedia menetap dikawasan yang diliputi rangkaian 4G dan mempunyai peranti dengan sokongan rangkaian 4G.

Mengikut data OpenSignal juga, baki 12% tidak mempunyai peranti dengan sokongan 4G, sementara sekitar 6.1% berada di lokasi dengan tanpa sokongan rangkaian 4G.

OpenSignal turut mengatakan yang mana pengguna 3G mempunyai kelajuan kurang 72.1% lebih perlahan berbanding pengguna 4G.

Penutupan rangkaian 3G ini dijangka akan membawa keuntungan kepada pengguna, dan pada masa yang sama menguntungkan perkembangan rangkaian dan industri secara menyeluruh.


Komen ()