Logitech G335 Wired Gaming Headset Kini Boleh Dibeli – Diiktiraf Discord Dan Berharga RM269

Diterbitkan pada July 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Logitech G adalah sub-jenama Logitech yang memfokuskan kepada barangan untuk gaming. Daripada papan kekunci, tetikus, set fon kepala dan banyak lagi. Kategori produk mereka juga ada banyak daripada untuk yang baru ingin berjinak dengan permainan video sehinggalah kepada yang pakar.

Terkini di Malaysia, Logitech G telah melancarkan G335 Wired Gaming Headset. Iaitu set fon kepala gaming baharu dengan binaan ringan dan menyasarkan kepada semua golongan pengguna. Ia hanyalah 240g, hadir dengan cekak kepala elastik, serta menggunakan pad telinga jenis gabus memori (memory foam).

Logitech G335 ini juga hadir dengan peamcu audio 40mm jenis neodimium dan menyokong sistem audio Dolby serta Windows Sonic Surround. Set fon kepala ini juga telah diiktiraf oleh Discord untuk sokongan yang lebih baik. Mikrofon pula adalah 6mm dan mudah untuk diubah posisinya serta membisukannya. Selain itu turut terdapat pemutar aras suara untuk kawalan lebih mudah.

Set fon kepala ini adalah jenis plug & play dengan bicu audio 3.5mm. Set fon kepala ini baru sahaja tersedia di Lazada dan Shopee rasmi mereka pada harga jualan RM269 dengan pilihan warna hitam atau putih.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami