Cari @ Amanz

Filem filem Inception, protagonis mempunyai kemampuan untuk bermimpi di dalam mimpi seperti lagi Damasutra. Tetapi dalam teknologi ketenteraan dron yang dilancarkan dari pesawat yang kemudiannya melancarkan pula peluru berpandu sedang dibangunkan. DARPA mengumumkan Project LongShot tahun lalu untuk menjadikan impian ini realiti dan kini General Atomics Aeronautical Systems (GA-ASI) berkongsi lukisan konsep dron yang akan dibina oleh mereka.

Dron yang mampu melancarkan senjata diperlukan untuk dua keperluan medan tempur masa depan. Pertama ialah dilancarkan oleh pesawat induk untuk memasuki ruang udara musuh sebelum melancarkan senjata kepada sasaran. Kerana saiz dron yang lebih kecil, ia lebih sukar dikesan oleh sistem radar kerana keratan rentas radar yang lebih kecil. Ia juga mengurangkan risiko juruterbang manusia yang memasuki ruang udara musuh.

Keperluan kedua ialah ia boleh dibawa oleh pesawat pengebom sebelum memasuki ruang udara sasaran. LongShot dilancarkan untuk menjadi pesawat pengiring yang mempertahankan pesawat pengebom melakukan misi. Sekiranya pesawat pejuang dikesan, LongShot boleh memintas dan memusnahkannya

Tiada maklumat mengenai saiz LongShot GA-ASI ini tetapi imej menunjukkan peluru berpandu seakan AMRAAM sepanjang 3.7 meter. Project LongShot masih lagi baharu dengan Lockheed Martin dan Northrop Grumman juga akan turut menghasilkan konsep mereka sendiri untuk memenangi kontrak kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd