Cari @ Amanz

Fon Telinga Oppo Enco Air Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

Link Copied!

Selain daripada siri Oppo Reno6, jenama ini juga mempunyai perancangan untuk hadir dengan penawaran aksesori audio baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, Oppo Enco Air turut akan diperkenalkan pada acara berkenaan – iaitu 5 Ogos 2021.

Ia merupakan set fon telinga nirwayar yang dilengkapi rekaan jenis terbuka bersama badan bertangkai panjang yang mempunyai panel kawalan sesentuh. Menurut Oppo, ia mampu memberikan pengalaman mendengar yang lebih baik menerusi bantuan ciri Dual Mic Noise Cancellation pada sepasang pemandu audio bersaiz 12mm.

Di samping itu, ia juga ia mempunyai pelindungan IPX4 dan mampu beroperasi sehingga 4 jam tetapi meningkat ke 24 jam dengan bantuan pod pengecas. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika acara pelancaran kelak. Kami di Amanz akan mengemaskini informasi selanjutya selepas ianya diumumkan secara rasmi.

Sumber : Oppo Malaysia


Komen ()