Cari @ Amanz

Penggunaan tablet kembali melonjak kerana pandemik memaksa orang ramai duduk di rumah. Tahun ini kemaskini iPad amat dinantikan terutamanya model bukan Pro yang lebih mampu milik. Menurut laporan terkini Macotarakara, perubahan besar akan dilakukan pada iPad Air dan iPad Mini tahun ini bagi menawarkan kelainan.

Apple iPad Mini 4

iPad Air dipercayai akan akhirnya dilengkapi sistem dwi-kamera seperti iPad Pro. Lensa tambahan ialah dari jenis ultra sudut lebar tetapi tanpa LiDAR. Ia turut akan dilengkapi cip Apple A15 yang digunakan pada iPhone 13 kelak. Penggunaan cip M1 nampaknya akan hanya diberikan kepada model Pro sahaja.

Laman turut berkata skrin iPad Mini akan meningkat ke 8.4″ dari 7.9″ kerana penggunaan rekaan tanpa bezel dan membuang butang Home fizikal. Dari kedua-dua tablet ini, iPad Mini pastinya paling dinantikan kerana kali akhir dikemaskini pada tahun 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd