Carian
Apple Tidak Menyarankan Penggunaan Bateri Berlapisan Pahit Dengan AirTag
July 29, 2021 Effi Saharudin

AirTag ialah produk yang unik dari Apple kerana baterinya dengan mudah boleh digantikan sendiri oleh pengguna. Bateri CR2032 boleh dibeli dari kedai jam dan berbentuk bulat. Namun begitu bateri ini menyebabkan jualan AirTag di Australia ditangguh kerana wujud risiko bateri ditelan oleh bayi.

Selepas amaran diberikan, terdapat saranan untuk pemilik AirTag membeli bateri CR2032 yang mempunyai lapisan pahit yang membuatkan kanak-kanak tidak akan memasukkannya ke dalam mulut. Namun begitu Apple kini tidak menyarankan penggunaan bateri ini kerana lapisan pahit boleh mengakibatkan sentuhan yang tidak sempurna berlaku sehingga kuasa tidak dapat mengalir.

Jadi kepada pemilik AirTag yang telahpun menggunakan bateri berlapisan pahit ini, anda perlu menyedari masalah yang mungkin timbul. Kepada pengguna yang tidak mempunyai anak kecil, teruskan dengan bateri biasa tanpa masalah.

Komen