Carian
Storan PCIe 5.0 Dengan Kadar Penghantaran Data 16GB/s Akan Diperkenalkan Pada Tahun 2022
July 30, 2021 Nazrin

Apabila teknologi penghantaran data PCIe 4.0 diperkenalkan bersama-sama pelancaran siri CPU AMD Zen 2, ia memperlihatkan kadar pembacaan data sekitar 3.5GB/s, yang mana mengikut saban tahun selepas pelancarannya, ia meningkat ke 5GB/s dan kemudian 7GB/s, menghampiri had teoretikal 8GB/s.

AMD dan Intel dijangka memperkenalkan siri CPU dan papan induk yang akan menyokong generasi baru teknologi penghantaran data, iaitu PCIe 5.0. Apa yang menarik mengenai teknologi ini ialah ia akan meningkatkan lagi kadar pembacaan data storan yang menyokongnya ke kadar setinggi 16GB/s.

Teknologi PCIe 5.0 diperlihatkan sejak penghujung 2019 lagi, tetapi ia hanya baru-baru ini yang ia diperlihatkan akan dikomersilkan oleh pelbagai pembangun komponen komputer seperti Intel, AMD, Marvell, Phison dan sebagainya.

Sebagai perbandingan, storan SSD yang diperlukan untuk menyimpan dan menulis data permainan memerlukan SSD dengan kelajuan minima sekitar 5000MB/s. Kelajuan storan PCIe 5.0 ini dijangka akan hadir dengan kelajuan tiga kali ganda lebih pantas daripada storan tersebut.

Ia dijangka bahawa storan SSD NVMe PCIe 5.0 ini akan diperkenalkan pada seki8tar suku kedua ataupun ketiga pada tahun 2022 kelak apabila AMD dan Intel akan memperlihatkan teknologi baru tersebut.

Sumber: Hot Hardware

Komen