Cari @ Amanz

Huawei Melancarkan Petal One – Berkas Langganan Untuk Pelbagai Perkhidmatan Huawei

Link Copied!

Selain melancarkan telefon pintar terkini Huawei P50 dan P50 Pro, Huawei turut melancarkan pelbagai lagi produk baharu dalam bentuk skrin pintar, speaker pintar dan jam tangan pintar. Tetapi lebih menarik sekali ialah pelancaran berkas langganan Petal One.

Menerusi Petal One pelanggan boleh menikmati storan Huawei Cloud Premium 200GB, HUAWEI Video Gold Member & VIP, dan HUAWEI Music Super Music VIP dengan bayaran RMB 79 (~RM52) sebulan. Pendaftaran dibuka hari ini sebelum perkhidmatan ditawarkan kepada semua pengguna bermula 1 September hadapan. Pada waktu ini Petal One hanya ditawarkan kepada pengguna di China sahaja.

Strategi menawarkan berkas perkhidmatan ini akan mengurangkan kos bayaran bulanan kepada pelanggan. Apa yang dilakukan Huawei sama seperti yang telah ditawarkan oleh Apple One dan Google One.


Komen ()