Cari @ Amanz

Siri Oppo Reno6 telah dilancarkan di China dengan tiga pilihan model berbeza. Salah satu daripadanya adalah Oppo Reno6 Pro+ yang merupakan varian teratas dalam rangkaian siri berkenaan. Terkini, Oppo dilihat hadir dengan edisi terhad untuk telefon pintar tersebut – di mana menampilkan siri komik dan animasi popular, Detective Conan dalam kolaborasi baru.

Melaluinya, Oppo Reno6 Pro+ Detective Conan Limited Edition telah diumumkan. Telefon pintar ini hadir dengan kemasan tubuh khas bewarna perak bersama elemen grafik yang bewarna kelabu atau merah jambu. Katanya, ia menggunakan pendekatan sama dengan Oppo Reno5 Pro+ 5G yang mempunyai panel belakang elektrokromisme. Ia juga turut disertakan antaramuka tersesuai yang bertemakan Conan dan mekanisme untuk menyahkunci peranti yang unik – di mana pengguna perlu bermain permainan teka-teki.

Tiada perubahan spesifikasi dilakukan. Ia masih menggunakan skrin bersaiz 6.55-inci AMOLED FHD+ 90Hz, cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W.

Ia juga hadir dengan kuad-kamera belakang yang terdiri dengan 50-Megapixel (Sony IMX 766) (utama) + 16-Megapixel (Ultra-Lebar) + 13-Megapixel (Telefoto) + 2-Megapixel (makro). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Untuk harganya, Oppo Reno6 Pro+ Detective Conan Limited Edition dijual pada harga ¥4,499 (~RM2,952) sebuah.

Tidak ketingalan, Oppo Watch 2, Oppo Enco Free2 TWS dan Oppo Powerbank yang bertemakan Detektif Conan turut diperkenalkan bersama-sama dengannya. Dapat dilihat, kesemua produk menggunakan rona putih sebagai warna utama. Di samping itu, sedikit elemen bewarna biru atau merah yang turut menghiasinya. Malahan kotak bungkusan peranti juga cukup menarik dengan idea pembuatan yang diilhamkan daripada pejabat Kogoro Mouri.

Sumber : Oppo Weibo

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd