Carian
Huawei Merampas Takhta Tempat Pertama DXO Kembali Melalui Huawei P50 Pro – Mencatatkan Skor Tertinggi, 144
July 30, 2021 Aman

Huawei kini telah memperkenalkan Huawei P50 Pro di China, dan menariknya, sekali lagi siri P daripada Huawei ini menerajui era rakaman gambar, dan mencatatkan skor tertinggi melalui DXOMark.

Huawei P50 Pro

Huawei P50 Pro hadir dengan sensor utama 50-megapixel, dilengkapkan dengan sensor monokrom 40-megapixel, sensor ultra-lebar 13-megapixel, dan sensor telefoto 64-megapixel. Ia turut menyertakan sensor multispectral, dan peranti yang diuji DXO adalah berasaskan kepada cipset Kirin 9000.

Ujian DXO memperlihatkan kesan hingar yang sangat rendah pada rakaman, rakaman video yang cantik di dalam dan luar bangunan, dan juga penstabilan video yang efektif.

Dari segi kekurangan, ia dikatakan terdapat sedikit kesan hinggar pada rakaman video di bawah pencahayaan malap, selain autofokus yang gagal dibawah keadaan cahaya malap.

Secara keseluruhan, ia mencatatkan skor sebanyak 144, tertinggi berbanding pelbagai peranti pintar lain. Sebelum ini, skor tertinggi dipegang oleh Xiaomi Mi 11 Ultra dengan skor 143.

Komen