Huawei Kini Menghasilkan Skrin Pintar Khusus Untuk Pembelajaran Dari Rumah

Diterbitkan pada July 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selama ini Huawei menghasilkan skrin pintar bersaiz besar. Ya Huawei enggan mengatakan mereka menjual televisyen pintar dan peranti seperti Vision S diklasifikasikan sebagai skrin pintar oleh mereka. Semalam mereka memasuki pula arena pendidikan dengan pelancaran Huawei Elf Smart Screen khusus untuk digunakan untuk sesi pembelajaran dari rumah.

Huawei Elf Smart Screen dilengkapi skrin sesentuh 10.4″ IPS LCD dengan resolusi 1200×2000 pixel, dengan memori 4GB dan storan 64GB. Tiada maklumat mengenai pemproses yang digunakan tetapi ia sebuah lagi peranti yang menggunakan HarmonyOS 2. Terdapat dua kamera di bahagian hadapan. Satu sebesar 8MP untuk sesi telesidang dan satu lagi 13MP pop naik yang digunakan untuk memandang ke bawah bagi guru melihat kerja rumah. Sudut pandangan kamera 13MP boleh dilaraskan mengikut keperluan pengguna.

Bateri sebesar 46Wh membekalkan kuasa bagi membolehkan skrin pintar ini beroperasi tanpa kabel. Empat mikrofon disertakan untuk memudahkan proses pembelajaran dan empat speaker untuk pengalaman audio yang memuaskan. Terdapat perisian pembelajaran yang menjadi tutor di rumah dan aplikasi lain boleh dimuat turun menerusi gedung aplikasi App Gallery. Di China Huawei Elf Smart Screen dijual pada harga RMB 2699 (~RM 1771) sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami