Pelakon terkemuka Scarlett Johansson memfailkan saman terhadap Disney kerana filem terkini beliau Black Widow ditawarkan di platform penstriman Disney+. Oleh sebab itu beliau mengalami kerugian sekitar $50 juta dari kutipan tiket pawagam menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan Marvel.
Menerusi kontrak yang dipersetujui sebelum penggambaran dimulakan, Disney akan menawarkan Black Widow di panggung wayang untuk tempoh elusif di antara 90-120 hari sebelum ia boleh ditawarkan di platform penstriman. Johansson kemudiannya akan menerima peratusan dari kutipan tayangan di pawagam. Difahamkan Johansson tidak akan menerima sebarang bayaran hasil dari kutipan Premiere Access yang ditawarkan oleh Disney+. Sejak ditayangkan di panggung wayang dan Disney+ secara serentak 7 Julai yang lalu, filem berjaya mengutip lebih $300 juta dengan majoritinya datang dari Premiere Access.
Disney telah mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka sedih dan merisaukan kerana Johansson seperti tidak memikirkan impak wabak Covid-19 di peringkat global. Tambah Disney lagi mereka telah memenuhi kontrak dengan Johansson yang setakat telahpun menerima bayaran $20 juta untuk membintangi filem Black Widow.
Sumber Variety