Beoplay EQ Ialah TWS Pertama Bang & Olufsen Dengan ANC

Diterbitkan pada July 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bang & Olufsen Beoplay EQ dilancarkan pagi ini sebagai TWS pertama dari mereka yang mempunyai sistem pembatalan hingar aktif. Ia adalah dari jenis dalam telinga dengan putik silikon yang menghasilkan sambungan kedap antara putik audio dan telinga pemakai.

Terdapat pemandu audio sebesar 6.5mm dan enam mikrofon pada TWS ini bagi memberikan pembatalan hingar yang baik. Seperti majoriti TWS di pasaran, pad sesentuh diletakkan pada bahagian sisi untuk melakukan kawalan audio. Bateri menawarkan tempoh penggunaan sehingga 6.5 jam dengan ANC diaktifkan atau 20 jam dengan penggunaan pod pengecas.

Pod pengecas ini diperbuat daripada aluminium dengan pengecasan menggunakan port USB-C dan sokongan nirwayar Qi. Fon telinga ini boleh digunakan untuk bersukan kerana melepas piawaian IP54. Sepasang Bang & Olufsen Beoplay EQ dijual pada harga $399 (~RM 1688) dalam warna Black Anthracite dan Sand Gold Tone

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami