Motorola Edge 20, 20 Pro, 20 Lite Diumumkan – Skrin OLED 144Hz, Kamera 108MP

Diterbitkan pada July 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tiga telefon pintar baharu daripada Motorola dilancarkan secara rasmi. Pada awalnya, ramai yang menyasarkan ketiga-tiganya bakal menampilkan paparan melengkung. Tetapi, ternyata tidak apabila tidak ada satupun daripada siri Motorola Edge 20 yang dilengkapi paparan berkenaan.

Motorola Edge 20 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci OLED yang menyokong paparan kandungan Amazon HDR dan kadar segar semula 144Hz. Sebagai tambahan, skrin OLED yang digunakan turut dilengkapi sokongan warna 10-bit. Ia juga dipadankan dengan cip Snapdragon 870, memori 12GB RAM LPDDR5, storan dalaman 256GB UFS 3.1 dan bateri 4500mAh. Ia juga mempunyai dua ciri yang dipanggil Turbo Write dan Host-Aware Performance Booster.

Tetapan kamera di belakang terdiri dengan 108-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (menyokong zum optik 5X & SuperZoom 50X) + 16-Megapixel (sudut Ultra-lebar yang juga boleh digunakan untuk tangkapan makro). Rakaman video pula menyokong sehingga 8K dan kamera hadapan adalah 32-Megapixel.

Motorola Edge 20 pula menggunakan skrin bersaiz 6.7-inci OLED yang juga menyokong kandungan HDR10+ dan kadar segar semula 144Hz. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 778G yang dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah 4000mAh.

Untuk fotografi, ia mempunyai tri-kamera dengan tetapan 108-Megapixel + 8-Megapixel (sokongn SuperZoom mencapai 30X) + 16-Megapixel (sudut Ultra-lebar yang juga boleh digunakan untuk tangkapan makro). Kamera hadapan pula 32-Megapixel.

Akhir sekali, Motorola Edge 20 Lite. Ia dilengkapi skrin 6.7-inci OLED, HDR+ dan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 720, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh.
Kamera utama pula adalah 108-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut ultra-lebar yang juga boleh digunakan untuk tangkapan makro) + 2-Megapixel (makro). Manakala, kamera hadapan pula adalah 32-Megapixel.

Lain-lain spesifikasi adalah rangkaian 5G terbina, WiFi 6, sokongan pengecasan 30W TurboPower dan lain-lain. Untuk harga, Motorola Edge 20 Pro berharga €699 (RM3,510), Motorola Edge 20 pula dijual pada €499 (RM2,506) dan Motorola Edge 20 Lite berharga €349.99 (RM1,758). Ketiga-tiga telefon pintar ini akan dijual bermula bulan Ogos depan.

Sumber : Motorola Europe

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami