Carian
Redmi 9C Dengan 4GB RAM dan 128GB Storan Hadir Ke Malaysia Pada Harga RM499
July 30, 2021 Aman

Xiaomi hari ini tlah mengumumkan penawaran satu lagi variasi peranti dibawah Redmi, iaitu Redmi 9C. Sebelum ini, sejak tahun lepas, Xiaomi sedia menawarkan variasi 3GB RAM dan 64GB storan. Hari ini, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan penawaran versi 4GB RAM dan 128GB storan untuk pasaran Malaysia.

Redmi 9C hadir dengan skrin 6.53-inci, dijana cip MediaTek Helio G35, dan bateri 5000mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan tri-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 5MP.

Redmi 9C 4GB + 128GB storan ini akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM499, dan hadir dalam pilihan warna jingga, kelabu dan juga biru.

Komen