Kumpulan muzik popular Destiny’s Child mempunyai lagu terkemuka Bills Bills Bills ketika awal milenium yang lalu. Hakikatnya lirik lagu ini amat relevan sekiranya anda seorang dewasa yang tinggal secara berdikari. Hujung bulan selepas gaji masuk, pelbagai portal atau aplikasi perlu digunakan untuk melangsaikan bil untuk bulan tersebut.
Hari ini ciri BoostBills diperkenalkan pada aplikasi Boost yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran pelbagai bil secara setempat. Ciri AutoBills misalnya membolehkan pengguna melakukan pembayaran bil terpilih secara automatik pada tarikh yang ditetapan pengguna secara automatik tanpa aplikasi dibuka. Ciri MultiBills pula mengumpulkan kesemua bila yang perlu dibayar secara setempat untuk pembayaran serentak. Pengguna hanya perlu menekan butang Make Bulk Payment.
Akhir sekali ialah cir ViewBills yang menunjukkan kesemua bil yang perlu dibayar secara setempat supaya pengguna boleh melihat yang mana perlu didahulukan tanpa perlu pergi ke aplikasi atau laman web yang lain. Ciri ini sudah boleh digunakan sekarang pada aplikasi Android dan iOS.