Paparan Pintar Huawei V75 Dan V98 Dilancarkan Dengan HarmonyOS 2.0 Dan Skrin 4K 120Hz

Diterbitkan pada July 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seiring pengenalan siri Huawei P50, jenama ini turut menampilkan beberapa penawaran baharu untuk paparan pintar di bawah siri V. Melaluinya, Huawei Smart Screen V75 dan Huawei Smart Screen V98 telah diumumkan dan kedua-duanya dilengkapi penggunaan versi terkini HarmonyOS untuk pengalaman penggunaan lebih baik – termasuk sambungan yang stabil dengan telefon pintar.

Seperti namanya, Huawei Smart Screen V75 mempunyai skrin bersaiz 75-inci LCD yang menyokong panel Quantum Dot resolusi sehingga Ultra HD 4K dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia juga mempunyai binaan bezel yang nipis di sekeliling paparan bagi memberikan rupa paras moden. Di samping, sebuah kamera AI pop-naik 24MP pada bahagian hadapan untuk melakukan panggilan video.

Tumpuan utama padanya adalah skrin MiniLED yang dibangunkan sendiri Huawei dengan teknologi lapisan cahaya belakang untuk imej lebih realistik – yang mampu menawarkan kecerahan puncak HDR mencapai 3000nits. Huawei juga menggunakan teknologi OD Zero bagi meminimumkan jarak optik antara lapisan cahaya belakang Mini LED dan paparan LCD bagi membolehkan warna dan imej dengan butiran yang jelas dan terang. Ia juga menggunakan kuasa yang lebih rendah.

Selain daripada itu, Huawei Smart Screen V75 juga dipadankan dengan memori 4GB dan storan 64GB dalaman secara terbina. Di samping, sistem audio Deware terbina yang terdiri daripada 20 unit pembesar suara untuk pengalaman kualiti audio dan video lebih baik. Fungsi HDMI serba baru turut ditambah bagi membolehkan sokongan dua skrin pintar di bawah rangkaian WiFi yang sama. Untuk harga, Huawei Smart Screen V75 dijual di China pada RMB24999 (~RM16,336) untuk sebuah.

Huawei Smart Screen V98 pula merupakan skrin pintar terbesar yang pernah dihasilkan Huawei yang direka khusus untuk pengalaman set teater rumah. Skrinnya yang bersaiz 98-inci LCD bersama lapisan khusus (Anti-Glare AG) turut menyokong resolusi sehingga Ultra HD 4K dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Selain itu, ia dilengkapi dengan AI Max Cinema untuk sokongan filem menampilkan definisi ultra-tinggi. Di samping, sebuah kamera AI pop-naik 24MP pada bahagian hadapan untuk melakukan panggilan video.

Seterusnya, Huawei Smart Screen V98 turut dipadankan dengan memori 4GB RAM dan 64GB storan dalaman secara terbina. Dalam pada itu, ia juga dilengkapi sistem pembesar suara empat unit dengan sokongan HUAWEI Sound X generasi baru untuk pengalaman kualiti audio dan lebih baik. Untuk harga, Huawei Smart Screen V98 dijual di China pada ¥29,499 (~RM19,278) untuk sebuah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami