Cari @ Amanz

SC Minta Akses Web Dan Aplikasi Mudah-Alih Binance Dimatikan Di Malaysia

Oleh Aman

Link Copied!

Suruhanjaya Sekuriti hari ini telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance, kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram di Malaysia.

Selari dengannya, Binance telah diarahkan untuk melakukan beberapa perkara.

Antaranya adalah termasuk mematikan akses ke laman web Binance dan aplikasi mudah-alih Binance di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja dari 26 Julai 2021.

Selain itu, Binance juga diminta menghentikan semua aktiviti media dan pemasaran kepada pelabur Malaysia, selain menghalang pelabur Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance.

Pada masa yang sama, SC turut menasihatkan pelabur agar berhenti berurusan dengan bursa aset digital (DAX) yang tidak sah. Mereka dengan akaun Binance digesa agar segera menghentikan dagangan dan menarik kembali semua pelaburan.


Komen ()