Cari @ Amanz

Video “Rickroll” Kini Telah Ditonton Lebih 1 Bilion Kali

Oleh Aman

Link Copied!

Rickroll merupakan salah satu bentuk prank yang popular di internet, dimana ia sering digunakan dalam bentuk pautan untuk sesuatu, dan apabila diklik, pengguna dibawa ke video muzik “Never Gonna Give You Up” oleh Rick Astley.

Meme ini sangat popular, malah YouTube sendiri pernah menggunakannya sebagai salah satu bentuk “April Fool” pada tahun 2008 yang lepas, dimana apabila sesuatu video yang dipaparkan pada halaman utama ditekan, ia membawa pengguna ke video muzik ini. Menariknya, tahun 2008 juga adalah tahun pertama YouTube menyertai tradisi April Fool yang sering dilakukan oleh Google.

Terbaru, video berkenaan telah mencatatkan angka tontonan melangkaui 1 bilion.

Mungkin ramai menyasarkan ia mencapai angka tontonan berkenaan lebih awal, tetapi mungkin disebabkan terdapat pelbagai variasi yag dimuat-naik pengguna, maka sasaran berkenaan mengambil sedikit masa berbanding video-video lain hari ini.


Komen ()