Carian
Bagaimana Mengelak Orang Tidak Dikenali Menambah Anda Pada WhatsApp Group?
July 30, 2021 Aman

WhatsApp kini telah menjadi salah satu medium komunikasi utama oleh pengguna seluruh dunia. Ini turut membawa kepada beberapa masalah tidak disukai, dan salah satunya adalah ditambah ke sesuatu WhatsApp Groups oleh orang yang tidak dikenali anda.

Perkara ini mungkin menjengkelkan bagi beberapa pengguna, dan pihak WhatsApp menyediakan tetapan ringkas dalam mengatasinya.

Untuk mengelak orang yang tidak dikenali menambah anda pada WhatsApp Group, anda hanya perlu:

  • Pergi ke halaman tetapan
  • Pilih Akaun
  • Tekan pada Privasi
  • Pilih Grup
  • Tukar tetapan kepada “Kenalan Saya”

Dengan langkah ini, pengguna yang anda kenali sahaja boleh menambah anda ke sesuatu WhatsApp Group, dan mengelak orang yang tidak dikenali daripada menambah anda ke Group secara rawak. Walaupun ia tidak menawarkan penyelesaian menyeluruh, tetapi ini serba sedikit akan membantu dalam mengurangkan Group berbentuk spam yang menambah anda

Komen