Telegram Kini Membolehkan Sehingga 1000 Orang Menonton Sesuatu Panggilan Video Berkumpulan

Diterbitkan pada July 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telegram hari ini mengumumkan kemaskini kepada aplikasi mereka, dan bersama-sama dengannya, turut membawakan pembaharuan pada sokongan panggilan video dalam aplikasi berkenaan.

Melalui kemaskini baharu, panggilan video berkumpulan kini menyokong sehingga 1,000 orang menontonnya pada sesuatu masa.

Walaupun menyokong sehingga 1,000 penonton pada sesuatu masa, namun hanya 30 orang sahaja yang boleh berkongsi kamera atau skrin mereka. Dengan pembaharuan ini, ia membolehkan pelbagai proses pembelajaran dilakukan dengan mudah – selain turut digunakan untuk tujuan seperti ceramah dan sebagainya.

Telegram turut mengatakan mereka akan terus menambah-baik dan meningkatkan had sehingga lebih ramai dapat menyertai panggilan video berkumpulan pada platform mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami