Realme Mengacah Pengecas MagDart Yang Lebih Pantas Dan Nipis Berbanding Apple MagSafe

Diterbitkan pada July 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme sedia menjadualkan acara khusus untuk pengenalan teknologi pengecasan magnetik mereka sendiri pada minggu akan datang ini. Dinamakan Realme MagDart, ia dijangka menawarkan ciri lebih kurang sama seperti Apple MagSafe.

Dengan penawaran ini, Realme mungkin memfokuskan kepada sokongan pengecasan nirwayar yang disambungkan secara magnetik ke peranti Realme. Hal ini akan membuatkan Realme menjadi pengeluar Android sama yang menawarkan sokongan pengecasan magnetik.

Melalui gambar acah terbaru yang dikongsikan, Realme mengatakan ia akan menawarkan sokongan pengecasan 440% lebih pantas, dan rekaan lebih nipis. Walaupun tidak dinyatakan berbanding siapa, spekulasi dilihat ia dibandingkan dengan Apple MagSafe.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 3 Ogos 2021 ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Realme.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami