Samsung Hadir Dengan Siri Animasi Pendek Berkenaan Sejarah Industri Elektronik

Diterbitkan pada July 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini telah menerbitkan sebuah siri baharu melalui saluran YouTube mereka, memfokuskan kepada sejarah industri elektronik. Ia akn diterbitkan dalam lima episod yang menyentuh beberapa perkembangan utama dunia elektronik yang mencorak dunia hari ini.

Untuk episod pertama, Samsung menyentuh mengenai Samuel Morse dan sumbangan beliau terhadap dunia telegraf dan juga kod Morse. Ia secara tidak langsung telah menjadi antara yang terawal dalam pembangunan rangkaian telekomunikasi, dan pada hari ini dunia telah mula membincangkan berkenaan 5G dan juga 6G.

Selain episod ini, Samsung juga bakal hadir dengan animasi sejarah berkenaan dengan industri TV, telefon, peti sejuk dan juga semikonduktor.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami