Cari @ Amanz

PayPal merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran dan pemindahan dana kepada seseorang atau firma.

Menariknya, bergerak kehadapan, PayPal ingin menjadi lebih daripada itu, dan ingin memposisikan aplikasi mereka sebagai sebuah “super app” atau aplikasi sehenti untuk semua perkara melibatkan kewangan.

PayPal

Antara ciri yang ingin diintegrasikan adalah termasuk untuk menguruskan pembayaran, menguruskan simpanan, perbelanjaan, pelaburan, membeli-belah, kriptowang, dan juga identiti.

Malah, ia juga dijangka akan menyertakan sokongan permesejan antara pengguna dalam memudahkan transaksi berlaku.

Dengan menjadi “super app”, Paypal menyasarkan untuk menjadi satu-satunya aplikasi yang digunakan ramai dalam melakukan transaksi dan menguruskan perbelanjaan – sama ada atas-talian atau luar-talian.

Untuk makluman, di China, antara aplikasi sehenti kewangan yang popular adalah Alipay. Di Malaysia pula, beberapa aplikasi dompet digital sedang melihat arena sama – seperti Touch n Go eWallet dan juga Boost.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd