Carian
G-SHOCK G-SQUAD Pro Dengan Wear OS Kini Di Malaysia Pada Harga RM2999
July 31, 2021 Effi Saharudin

Casio G-SHOCK G-SQUAD Pro (GSW-H1000) dilancarkan pada April lalu sebagai G-SHOCK pertama dengan sistem operasi Wear OS. Bagi yang menantikannya, jam tangan pintar ini akhirnya ditawarkan di Malaysia pada harga RM2999 seutas dalam warna hitam, biru dan hitam & biru.

Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin sesentuh 1.2″ dwi-lapisan. Satu lapisan monokrom yang aktif sepanjang masa untuk paparan waktu dan satu lagi skrin berwarna untuk fungsi-fungsi pintar. Terdapat sokongan paparan notifikasi, pengimbas nadi, GPS, pengesan tekanan, kompas dan dalam kerangka yang mampu menahan tekanan sehingga kedalaman 200 meter di bawah air.

Tubuh diperbuat daripada bahan getah tahan lasak yang sinonim dengan G-Shock sejak 1980an lagi. Terdapat tombol butang kawalan sisi yang diperbuat daripada logam serta plat titanium pada bahagian bawah. Bateri yang disertakan pula membolehkan ia beroperasi sehingga 1.5 hari.

Komen