Cari @ Amanz

Adidas Melancarkan Cermin Mata Cetakan 3D Yang Hanya Seberat 20 gram

Link Copied!

Adidas 3D CMPT telah dilancarkan minggu ini yang dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknologi cetakan 3D. Ia dibangunkan oleh Adidas dengan kerjasama Marcolin menggunakan teknologi baharu yang membolehkan ia mempunyai sulaman nilon untuk menjadikannya lebih tahan lasak.

Bahan bergetah pula diletakkan pada bahagian tangkai dan juga hidung untuk mengelakkan ia tertanggal ketika dipakai.Dengan cetakan 3D yang rompong, kaca mata untuk penunggang basikal ini hanya seberat 20 gram sahaja. Ini adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan sebuah AirPods. Hanya 150 Adidas 3D CMPT akan dijual kepada orang ramai pada harga $415 (~RM1751) sepasang.


Komen ()