Carian
Zoom Membayar RM359 Juta Bagi Menyelesaikan Saman Kelompok Berkaitan Privasi Dan Masalah Zoombombing
August 2, 2021 Effi Saharudin

Aplikasi yang paling kerap digunakan ketika pandemik ini mungkin ialah Zoom. Secara tib-tiba ia menjadi aplikasi defacto untuk melakukan perbincangan atas talian oleh perniagaan dan institut pendidikan kerana ia mudah digunakan dengan ciri yang tiada pada platform lain. Tetapi pelbagai isu mengenai privasi dan Zoombombing dimana sesi telesidang diganggu oleh insan yang tidak dijemput telah dilaporkan.

Zoom

Hujung minggu lalau Zoom Inc bersetuju menyelesaikan sama kelompok yang difailkan oleh pengguna berbayar di luar mahkamah. Mereka akan membayar $85 juta (~RM359 juta) kepada pelanggan yang menyaman mereka kerana data peribadi telah dikongsi oleh Zoom dengan Google, Facebook, dan LinkedIn serta Zoombombing.

Pelanggan yang meletakkan nama di dalam saman kelompok akan menerima ganti rugi $25 seorang atau 15% dari langganan yang telah dibayar. Walaupun isu diselesaikan di luar mahkamah, Zoom tidak mengaku bersalah dalam segala pertuduhan yang difailkan oleh plaintif. Mereka mengeluarkan kenyataan untuk meningkatkan keselamatan aplikasi dan menegaskan privasi pengguna adalah penting bagi mereka.

Sumber Reuters

Komen