Apple kini dilihat terus menerajui arena tablet di dunia, dengan pegangan pasaran sekitar 31.9% pada suku kedua 2021 yang lepas.
Menurut pihak IDC, Apple telah mengeluarkan sebanyak 12.9 juta tablet pada tempoh April sehingga Jun 2021 lepas, sekaligus terus menduduki tangga pertama sebagai pengeluar tablet di dunia.
Ia diikuti oleh Samsung, Lenovo, Amazon dan Huawei.

Apple boleh dikatakan sedia menjadi terawal memperkenalkan tablet ke pasaran melalui iPad, dan ia juga hadir dengan sistem operasi yang dioptimasikan khusus untuk paparan bersaiz besar – berbeza dengan tablet Android yang lebih kepada membesarkan paparan semata-mata. Disamping itu, aplikasi juga lebih dioptimasikan untuk tablet pada platform iOS, dan harganya yang tidak begitu jauh berbeza dengan penawaran tablet Android.
Apa pun, akhir-akhir ini, arena tablet semakin berkembang – dan dilihat menghampiri penawaran sebuah komputer riba. Beberapa pengeluar Android turut melihat kepada kaedah sama, termasuk Samsung dan Huawei.