Apex Legends Mobile merupakan salah satu permainan yang dinantikan ramai peminat permainan aksi tembak-menembak. Menariknya, kini ujian beta tertutup untuk Apex Legends Mobile telah pun dimulakan di Malaysia.
Diuji terhad pada platform Android, bagi anda yang sedia melakukan pendaftaran minat sebelum ini, notifikasi telah mula dihantar yang membolehkan anda mendaftar dan memainkan permainan berkenaan.

Permainan aksi tembak-menembak ini menawarkan bentuk permainan 3v3, dan perlu memastikan anda kekal menjadi pasukan yang terakhir kekal untuk menang.
Bagi anda yang berminat dan belum menerima aksesnya, boleh melakukan pendaftaran minat pada Google Play Store hari ini. Ia tidak diketahui lagi bilakah permainan ini akan ditawarkan kepada semua dalam bentuk ujian terbuka.