Cari @ Amanz

Hyundai dan LG Melabur RM 4.64 Bilion Bagi Membina Kilang Bateri Kereta Di Indonesia

Link Copied!

Indonesia bakal menjadi hub penghasilan bateri untuk kereta elektrik kerana negara jiran kita ini mempunyai deposit nikel yang dianggarkan dapat bertahan sehingga 30 tahun. Selain nikel, Indonesia juga mempunyai sumber kuprum dan kobalt yang merupakan bahan mentah untuk menghasilkan bateri. Maka tidak mengejutkan awal tahun ini Tesla dilaporkan berminat membina kilang mereka di Indonesia.

Minggu ini Hyundai dan LG menandatangani perjanjian kerjasama untuk membina kilang menghasilkan bateri untuk kereta di Karawang, Indonesia bernilai $1 bilion (~RM 4.64 bilion). Kilang akan dibina di tapak seluas 74 hektar dengan ia dijangka siap menjelang 2023 dengan pengeluaran bermula 2024. Hyundai berharap kilang ini mempunyai kapasiti 10 GWh setahun yang boleh membekalkan bateri kepada 150,000 kenderaan elektrik berkuasa bateri BEV keluaran mereka.

Hyundai akan mengembangkan penawaran BEV yang menggunakan platform platform E-GMP (Electric Global Momereka bagi mengikuti trend pasaran sekarang yang ingin berhenti mengeluarkan kenderaan bahan api fosil. Awal tahun ini mereka dilaporkan ingin bekerjasama dengan Apple untuk menghasilkan Apple Car tetapi kemudian menarik diri kerana enggan sekadar menjadi sekadar kontraktor.


Komen ()