Pada Jun lalu, Honor telah memperkenalkan Honor X20 SE di China dengan tanda harga di bawah sekitar RM1,500. Antara tumpuan utama pada peranti pintar berkenaa adalah sokongan rangkaian 5G terbina, sensor utama 64MP, pengecasan pantas 22.5W dan lain-lain.

Di samping itu juga, Honor dijangka memperkenalkan model yang lebih berkuasa dikenali sebagai Honor X20. Pada awalnya, telefon pintar ini dikatakan hadir dengan janaan cip MediaTek Dimensity 1200. Selang beberapa bulan, timbul pula dakwaan yang mengatakan bahawa Honor X20 bakal menggunakan cip MediaTek Dimensity 900 5G. Ini adalah cip yang sama boleh ditemui pada Honor 50 SE dan Oppo Reno6.
Sekadar makluman, cip MediaTek Dimensity 900 5G merupakan cip kelas pertengahan pertama daripada MediaTek yang menggunakan teknologi 6nm. Ia dilengkapi dua teras CPU ARM Cortex-A78 pada kelajuan 2.4GHz dan enam teras CPU ARM Cortex-155 pada kelajuan 2.0 GHz. Ia juga dipadankan dengan GPU ARM Mali-G68 MC4.

Malangnya, tiada perkembangan lanjut mengenai Honor X20 yang dikongsi oleh sumber. Tetapi kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat tertiris yang bakal dikongsi lagi dalam masa terdekat ini.
Sumber : Gizmochina