Cari @ Amanz

Seagate, sebuah jenama pembuat komponen storan baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah storan SSD NVMe PCIe yang boleh digunakan untuk menaiktaraf storan dalaman PlayStation 5 yang dinamakan Seagate FireCuda 530.

Seperti yang sedia maklum, konsol Sony PlayStation 5 memerlukan storan SSD yang mempunyai kelajuan storan dalaman sekurang-kurangnya 5500MB/s. Pada minggu lepas, Sony akhirnya telah memperkenalkan kemaskini sistem beta yang membolehkan pemilik konsol tersebut untuk cuba menaiktarafkan storan dalaman mereka, yang mana ia kini boleh dilakukan dengan storan FireCuda 530 ini.

Seagate mengatakan bahawa storan FireCuda 530 mereka, yang ditawarkan dalam pilihan 1TB, 2TB dan 4TB hadir dengan kelajuan sepantas 7300MB/s, jauh lebih pantas berbanding storan dalaman yang ditawarkan pada konsol secara lalai.

Buat masa ini, storan Seagate FireCuda 530 ini ditawarkan di pasaran-pasaran terpilih sahaja, pada harga $279 (~RM1179) untuk storan 1TB, $569 (~RM2404) untuk storan 2TB dan $1049 (~RM4431) untuk storan 4TB.

Sumber: TechPowerUp

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd