Microsoft Edge 92 sudah pun dilancarkan pada versi desktop minggu lalu. Ia adalah berasaskan Chromium, yang sama dengan Chrome 92. Terkini, selepas beberapa minggu versi peranti mudah alih diuji – Microsoft telah mengedarkan kemaskini versi 92 untuk Android.
Melaluinya antaramuka telah diubah sedikit agar kelihatan lebih kemas dan selesa digunakan. Tetapan, ikon dan susun atur lebih mudah difahami dan dicari. Jika itu tidak sesuai, susun atur menu boleh diubahsuai pengguna mengikut keselesaan masing-masing.

Ciri privasi juga dipertingkatkan, seperti penghalang iklan yang lebih baik prestasinya. Untuk mereka yang ingin berkongsi laman web, alatan tangkapan layar disertakan pada menu kongsi. Melaluinya, sesebuah laman web akan mempunyai tangkapan layar tersendiri dan pengguna boleh lakukan suntingan asas dan terus kongsi.

Edge 92 juga kini menggunakan kod secara terus daripada Chromium, bermakna jika Chrome terima kemaskini, Edge juga akan menerima ciri dan fungsi yang lebih kurang sama. Aplikasi ini sudah pun diedarkan di Play Store. Bagi yang berminat boleh muat turun melalui pautan di bawah.
- Muat Turun
- Muat Turun Microsoft Edge Di Play Store