Asus Zenfone 8 telah dilancarkan di Malaysia dengan tanda harga RM2,699 untuk sebuah. Ia merupaka sebuah peranti mercu daripada Asus yag bersaiz kompak. Bercakap mengenai aspek fotografi pada telefon pintar ini, ia dibekalkan dwi-kamera belakang dengan gabungan sensor utama 64-megapixel, selain kamera ultra-lebar 12-megapixel. Untuk rakaman swafoto, ia dilengkapi sensor 12-megapixel.

Kini, prestasi untuk kamera utamanya telah dikongsi oleh DxOMark menerusi laporan terbaru mereka. Ia menunjukkan Asus Zenfone 8 berjaya mencatatkan sebanyak 120 mata untuk jumlah keseluruhan. Melaluinya, telefon pintar ini memperolehi 126 mata untuk keupayaan kamera. Kemudian, 54 mata pula untuk keupayaan zum dan 108 mata untuk keupayaan video. Ia juga sekaligus memposisikannya setanding dengan Google Pixel 5 yang dilancarkan tahun lalu. Namun, berada dibelakang Samsung Galaxy S21 Ultra 5G (Exynos).

Pujian diberikan kepada kebolehan kamera menghasilkan imej dengan tekstur yang baik dalam kebanyakan situasi. Seterusnya, tiada masalah dedahan berlebihan dapat dilihat pada situasi pencahayaan rendah mahupun hasil gambar zum. Kemudian, persembahan warna dan imbangan putih yang baik untuk rakaman video. Butiran dan penstabilan video juga berfungsi dengan baik.
Kritikan pula diberikan kepada autofokus yang tidak stabil – terutamanya dalam situasi pencahayaan rendah dan kontras yang tinggi. Penghasilan warna yang kurang tepat untuk beberapa situasi – terutamanya langit biru. Masalah hingar yang ketara juga boleh dilihat dalam kebanyakan situasi – termasuk untuk rakaman video Seterusnya, julat yang terhad dalam rakaman video.
Sumber : DxOMark