Infinix kini hadir dengan penawaran sebuah lagi telefon pintar baharu di India. Melaluinya, Infinix Smart 5A diperkenalkan lengkap dengan spesifikasi kelas permulaan. Di India, ia dijual pada harga INR6,499 (~RM370) dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti Midnight Black, Ocean Wave atau Quetzal Cyan.

Untuk spesifikasi khusus, Infinix Smart 5A didatangkan dengan skrin bersaiz 6.52-inci IPS LCD HD+ dengan nisbah aspek 20:9. Ia kemudiannya, di padankan dengan cip MediaTek Helio A20, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 5000mAh.

Seterusnya, ia juga mempunyai sokongan dwi-kamera di belakang dengan sensor utama 8-Megapixel. Kamera swafoto pula adalah sebesar 8-Megapixel. Lain-lain spesifikasi adalah bluetooth 5.0, XOS 7.6 berasaskan Android 11, pengimbas cap jari fizikal, pembesar suara mono yang dilengkapi sokongan DTS Surround Sound dan banyak lagi.