Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 11T Pro ialah peranti yang tidak diketahui kewujudannya sehinggalah ia muncul pada laman SIRIM semalam. Peranti ini pada awalnya muncul di laman FCC dengan nombor model 2107113SG. Dengan kewujudannya di laman SIRIM, nama rasmi peranti kini diketahui.

Yang masih menjadi misteri ialah apakah spesifikasinya. Terdapat spekulasi ia akan menggunakan sama ada cip Snapdragon 870 atau MediaTek 1200. Pelancaran produk pula mungkin hanya berlaku pada bulan Oktober hadapan. Dengan kekurangan bekalan cip Snapdragon 888, Xiaomi melancarkan model ini dan juga Mi 11T sebagai model kemas kini.

Yang menariknya ialah apabila Mi 11T Pro dan Mi 11T dilancarkan kelak, 10 model Mi 11 akan dilancarkan sepanjang 2021 sekaligus menjadikannya model dengan lebih banyak varian daripada Loki.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd