Luno, salah satu penyedia perkhidmatan kriptowang di Malaysia, kini mengingatkan pengguna untuk menggunakan rangkaian yang tepat ketika melakukan pemindahan kriptowang dari Binance ke Luno.
Seperti ramai sedia maklum, Suruhanjaya Sekuriti sebelum ini telah mengarahkan Binance supaya mematikan sokongan aplikasi mereka untuk pengguna Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja. Selari dengannya, ramai pengguna tempatan yang menggunakan Binance mula tunaikan kriptowang mereka, selain ada yang memilih untuk memindahkan kriptowang ke penyedia yang lain.
Selari dengannya, penyedia perkhidmatan yang popular di Malaysia, Luno turut menyediakan panduan ringkas untuk pengguna beralih dari Binance ke Luno.
Apa pun, Luno mengingatkan supaya pengguna memilih rangkaian pemindahan yang tepat ketika melakukan proses berkenaan supaya kriptowang berkenaan tiba dengan tepat, dan tidak hilang.
Untuk makluman, Luno hanya menyokong kriptowang Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Ripple dan juga Litecoin di Malaysia.