Cari @ Amanz

Honor Magic 3 merupakan salah satu peranti mercu Honor yang dinantikan ramai, dan bakal diperkenalkan secara rasminya pada 12 Ogos 2021 kelak.

Beberapa info berkaitan dengannya telah tertiris sebelum ini, dan hari ini sebuah gambar hadir memperlihatkan penggunaan peranti oleh CEO Honor, sekaligus menunjukkan telefon pintar Honor akan datang bakal hadir dengan lima sensor kamera pada bahagian belakang.

Kita mungkin boleh melihat penggunaan sensor yang biasa kita lihat pada peranti lain melalui telefon pintar ini – termasuk sensor telefoto, ultra-lebar, makro dan sebagainya.

Honor Magic 3 juga dijangka dilengkapi dengan cip mercu Snapdragon 888 Plus melaluinya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 12 Ogos ini untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Honor ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd