Cari @ Amanz

Sudah lama peranti dengan tongkat terbina tidak ditawarkan. HTC HD7 mempelopori rekaan unik ini sedekad yang lalu. Menerusi Realme Flash kelak, Realme akan menawarkan semula tongkat terbina menerusi aksesori yang diberi nama MagDart Wallet.

Aksesori ini melekap pada permukaan belakang Realme Flash menggunakan magnet. Selain tongkat terbina, ia turut mempunyai ruang untuk meletakkan 3 kad. Keseluruhan aksesori diperbuat daripada kulit vegan yang tidak membunuh haiwan sementara tongkat diperbuat daripada aluminium. Harga jualan dan pilihan warna akan diketahui apabila Realme Flash dan pengecas MagDart dilancarkan secara rasmi hari ini.

Sumber 91 Mobiles

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd