Cari @ Amanz

IKEA Kini Melancarkan Penapis Udara Yang Terbina Pada Meja

Link Copied!

Kerana varian Delta, CDC mengeluarkan garis panduan mengenai pengudaraan yang baik di tempat tertutup. Sekiranya pengeduaraan yang baik tidak boleh dilakukan, pemakaian pelitup muka adalah amat disarankan. Di kalangan ahli keluarga saya sendiri, ramai yang mula membeli penapis udara untuk menapis kekotoran dan meningkatkan aliran udara di rumah.

Tetapi mesin penapis udara di pasaran boleh dikatakan buruk rekaannya. Sekadar sebuah kotak plastik besar yang sukar untuk dipadankan dengan perabot. IKEA telah melancarkan Starkvind, penapis udara mereka yang boleh juga digunakan sebagai meja sisi. Starkvind boleh menapis sehingga 99.9% partikel sebesar PM 2.5 dari udara dan boleh dikawal sepenuhnya menggunakan aplikasi peranti pintar IKEA.

Tanpa kaki tambahan, Starkvind boleh diletakkan di atas lantai seperti sebuah kipas atau penapis udara standard. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan hitam pada harga $129 untuk penapis sahaja dan $189 dengan kaki kayu tambahan.

Ini merupakan produk penapis kedua dari IKEA dengan mereka kini meningkatkan jumlah peranti berhubung bagi memenuhi keperluan pasaran. Sebelum ini mereka melancarkan speaker pintar yang kelihatan seperti bingkai gambar dan lampu dengan kerjasama SONOS serta pengecas nirwayar terbina pada meja.  


Komen ()