Cari @ Amanz

Tarikh pelancaran rasmi untuk Honor X20 masih belum diketahui tetapi rekannya kini telah mula diperlihatkan dalam beberapa imej tular di media sosial. Jelas kelihatan, ia mempunyai rekaan fizikal yang mirip dengan Huawei Nova 8i.

Honor X20

Persamaan terletak pada panel hadapan yang menampilkan lubang berbentuk pil pada sudut kiri skrin – yang mana dijangka menggunakan sokongan kamera swafoto tunggal. Seterusnya, paparan sejenis rata yang dipadankan dengan bezel agak nipis turut dikitar semula pada Honor X20.

Honor X20

Ia juga masih mengekalkan modul kamera belakang berbentuk bulat. Tetapi sedikit berbeza untuk persediaan kamera – di mana Honor X20 menampilkan sistem tri-kamera bersama LED Flash. Selain itu, terdapat juga penjenamaan ‘HONOR’ pada bahagian bawah dan ketiadaan sebarang bayangan untuk sokongan pengimbas cap jari. Ini sekaligus, ia berkemungkinan hadir dengan pengimbas cap jari pada skrin.

Huawei Nova 8i

Buat masa ini, masih tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi utama pada Honor X20. Tetapi, desas-desus terkini mendakwa ia bakal dijana oleh cip MediaTek Dimensity 900. Sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut mengenai telefon pintar ini.

Sumber : @RODENT950

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd