Twitter, Associated Press Dan Reuters Bekerjasama Untuk Memerangi Penularan Berita Palsu

Diterbitkan pada Ogos 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penularan berita palsu adalah sesuatu yang berlaku dengan sangat kerap kebelakangan ini, khususnya melalui platform-platform media sosial. Platform-platform ini, seperti Twitter dan Facebook mempunyai sistem semak-imbang mereka sendiri, tetapi ada kalanya mereka terlepas pandang kerana penularan yang tidak dapat dijangka.

Terkini, Twitter, bersama-sama dengan platform berita antarabangsa Associated Press dan Reuters mengumumkan kerjasama untuk memerangi dan membanteras penularan berita palsu di platform tersebut. Twitter mengatakan bahawa kepakaran kedua-dua platform berita ini akan digunakan khususnya di waktu berita tergempar berlaku untuk memastikan pengguna-pengguna platform tersebut tahu perihal sebenar sesuatu berita.

Lebih menarik lagi, Twitter mengatakan bahawa kerjasama dengan kedua-dua platform berita ini akan dilakukan secara berasingan. yang mana AP dan Reuters tidak akan berinteraksi dengan satu sama lain apabila Twitter menggunakan perkhidmatan kedua-dua syarikat ini untuk menambah konteks kepada sesuatu berita.

Sewaktu pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Twitter sudahpun memperlihatkan kebolehan untuk menambahkan amaran atau notis pada mana-mana ciapan yang dilihat memberi maklumat palsu atau kurang tepat, dan dengan kerjasama bersama-sama AP dan Twitter ini, platform tersebut boleh memberi konteks kepada sesebuah ciapan supaya mereka yang membacanya boleh mengetahui tentang apakah berita ataupun maklumat yang sebenarnya, sekiranya ciapan tersebut didapati menyebarkan maklumat yang salah.

Sumber: Reuters

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami