Cari @ Amanz

Twitter Menambahkan Sokongan Pendaftaran Menggunakan Akaun Google Dan Apple ID

Oleh Nazrin

Link Copied!

Sehingga kini, untuk mendaftarkan sebuah akaun Twitter, pengguna perlu melog masuk menggunakan akaun email sedia ada atau menggunakan nombor telefon. Terkini, untuk memudahkan pendaftaran akaun-akaun baru, Twitter telah menambah sokongan untuk mendaftar menggunakan akaun Google dan juga Apple ID.

Buat masa ini, akaun Google boleh digunakan untuk melog masuk kedalam akaun Twitter melalui aplikasi dan laman web Twitter, manakala Apple ID boleh digunakan untuk melog masuk kedalam akaun Twitter melalui aplikasi Twitter untuk iOS, dan akan diperkenalkan untuk melog masuk melalui laman web tidak lama lagi.

Bagi mereka yang merasakan pendaftaran akaun baru Twitter adalah sesuatu yang melecehkan, ini adalah cara paling mudah untuk anda mencipta akaun baru menggunakan peranti pintar anda yang sedia ada.


Komen ()