Carian
Spotify Kini Hadir Dengan Pelan Harian Dan Mingguan Pada Harga Lebih Rendah – RM1 Sehari, RM3.90 Seminggu
August 3, 2021 Aman

Spotify merupakan perkhidmatan penstriman muzik dan audio yang popular di dunia dengan ratusan juta pengguna. Selain penawaran percuma, Spotify juga turut menyediakan pelan berbayar dalam pilihan bulanan, mingguan dan harian.

Beberapa bulan lepas, Spotify telah mula menawarkan pelan langganan harian untuk pengguna Malaysia – pada harga RM1.50 sehari, atau RM4.90 seminggu.

Pelan ini ditujukan kepada pengguna pelan percuma yang memerlukan nilai tambah untuk sementara waktu. Sebagai contoh, anda mungkin selesa dengan pelan penstriman percuma, dan perlukan akses luar-talian hanya untuk sehari – dan boleh memilih untuk melanggannya.

Apa pun, kini selang beberapa bulan, pihak Spotify dilihat mengemaskini semula penawaran pakej harian dan mingguan mereka.

Kini, pengguna tempatan boleh melanggan pelan harian Spotify Premium Mini pada harga RM1 sehari, atau RM3.90 seminggu.

Pengguna boleh menikmati sejumlah ciri melaluinya, termasuk akses tanpa iklan, kebolehan langkau lagu tanpa had, kebolehan muat-turun untuk mendengar secara luar talian, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Spotify Premium Mini ini hari ini.

Komen